Perkhidmatan gubahan hantaran, aksesori barang perkahwinan (bunga telur, rozet, bunga dulang, alas dulang & pelbagai lagi).
Kami juga menawarkan kos gubahan yang paling rendah dari RM15 & ke atas bergantung kepada budget anda. Sila rujuk sample gubahan hantaran mengikut budget pelanggan kami.
Pembelian cenderahati/ kotak telur/ rozet/ bunga dulang/ bunga telur dan sebagainya (sila rujuk kepada gambar yang disertakan)boleh melalui online.
Ini adalah salah satu contoh hantaran tema biru berkonsepkan tudung saji. Setiap tudung saji dijual 1 set dan terdapat 3 buah yang berlainan saiz (S, M, L). Bagi bakal-bakal pengantin atau tunang tidak perlu bimbang dengan saiz yang ada kerana saiz yang berbeza dapat memadankan dengan barang hantaran yang bakal diberikan kepada orang yang tersayang. Contohnya, saiz yang kecil boleh diisikan dengan set mandian atau jam. Untuk makluman anda, budget bagi satu hantaran seperti ini tidak melebihi dari RM 50.00 (saiz L), RM 40.00 (saiz M) & RM 30.00 (saiz S).